Pembukaan LIVINGSTYLE COLLECTION
Tarikh 2hb Mei 2009 menjadi sejarah manis apabila segala susah payah mencuba dan mencuba pelbagai cara untuk memulakan perniagaan sendiri berhasil dengan pembukaan kedai kabinet dapurku LIVINGSTYLE COLLECTION di Alam Budiman.
Setelah semua operasi persediaan kedai siap sedia sessi menjemput abah, ayah dan ibu mertua serta saudara mara terdekatku menghadiri majlis pembukaan rasmi kedaiku. Mereka semua memberi dorongan dan menghadirkan pada majlis yang serba sederhana.
Kawan-kawan UiTM tak dapat dikesan pada masa tu cuma Pn. Arah jer yang dapat dihubungi.
Berikut adalah antara detik-detik manis yang sempat dirakam.